Sunday, January 2, 2011

taktahutajukapa , baca je boleh tak ?


school starts tomorrow . nak sedih ke nak senyum ?


sedih sebab dah tak dapat nak enjoy lepak lepak goyang kaki sambil layan tv atau guling guling kat katil layan laman sesawang blogger facebook tumblr youtube , hah, ambek kau. aktif betul aku neh duk rumah. haha. pejam celik pejam celik dah nak start sekolah. apa kes? kes MALAS. kes yang tak dapat dibicarakan dan diadili oleh mana mana peguam dan hakim. ok, straight to the point bole tak? ok, sambung mengarut. huh, mmg sedih kan ?


senyum. sebab? sebab dapat jumpa kawan kawan laa. apa lagi. sebulan lebih tak dengar citer. yela, itu sangat tipu. padahal chat kat fb dan texting hari hari. ok, tipu lagi. bukan hari2. ada masa2 tertentu. haha. senyum tengok sekolah yang masih tak berubah. yela, nak pindah mana pun? err.. dan akan senyum tengok tudung labuh sendiri dan kawan kawan. ke gelak? haha. oh, yang ne nightmare. HAHA.


cakap pasal nightmare , semalam aku dah mimpi aku pakai tudung labuh pergi sekolah. betul, yg ne tak tipu. haha. dengan jelasnya aku nampak dalam mimpi tu ialah BAHIJ. haha. kenapa dia pun aku tak tahu. HAHA. tak sangka boleh jadi nightmare. teruk ah aku. takper, doa harap semuanya berjalan dengan lancar pada esok hari ya! Amin..


weh, pakai tudung labuh je weh, lek laa...

aku tahulah !


disebabkan hari neh hari last bangun pagi lambat , maka aku sengaja bangun lambat2. sekali bangun pukul 11.30. ambek kau ! aku tak tahulah kalau ada orang yg lagi lambat bangun dari wktu neh. haha. selalunya plg lambat pun dalam pukul 10. sebab bila lebih je kul 10, aku msti pening kepala bila bangun. akibat dah lambat sgt bangun, mmg pening la. mandi pun macam pusing2 dalam toilet. haha. mcam mna tu? entah. iya kan aje.

lepas tu hari neh buat aktiviti kemas2 rak buku, buku, dan segala macam barang barang aku yg menjadi khazanah negara dalam almari dan rak. Masya-Allah. korang tak tengok. kalau tengok, sah sah mengucap dua kalimah syahadah kat situ. HIHI. tgh kemas kemas, terjumpa la barang barang lama masa kecik kecik dulu. zaman2 tadika dengan sekolah rendah. hihi. kumpul2, barang yg plg banyak ialah kaler. what's that kaler? colour la. dulu kecik2 aku mmg suka sgt dengan warna warna neh.. pencil colour, water colour , krayon, pen kilat kilat, gam kilat kilat, dan gunting macam2 bentuk. haha. dengar semua barang macam budak budak gila. HIHI. well, semua org pernah jadi budak2 en? ahh, rindu dengan semua tu. HAHA. sekarang dah tak main dah dengan benda2 neh. main dengan pen , buku dengan kalkulator je. huh? bosan kan ?

neh antara khazanah kaler2 aku yg lama2. sebahagian je tau..


tapi bila mengemas , aku ada satu masalah daripada dulu lagi. masalahnya , bila aku start mengemas , lepastu kalau jumpa benda benda yg dah lama hilang, aku mesti belek belek dulu benda tu lama lama , try try dulu. maka, terhentilah aktiviti mengemas tu. itu ok lagi, kalau jumpa plak kertas kertas apa apa yg aku conteng2 ke, surat cinta ke.. err, yg tu tipu. hehe. aku mesti baca semua dalam kertas2 tu balik sampai habis. HAHA. tdi jumpa diari lama yg bahij bagi dulu yg dah bersawang zaman sekolah rendah. haha. baca la jawabnya. kelakar je dulu aku merepek kt situ. cerita bergaduh dengan fatin f pun ada. hihi. opps. dia tak baca blog aku. xper. hehe. ok, straighttodepoint. hah, inilah masalahnya. bila nak siap kemas?? haha. sapa2 nak upah aku kemas bilik kene bagi duatiga hari baru siap.

bila crite aku nak habis? mesti korang baca sambil menguap cakap bila la nak habis? takper, aku pun dah sakit jari nak tulis. tipu . bila masa kau menulis kat skrin ? kau conteng skrin ? ish sih , teruknya kau. HAHA.
menaip la.


yela yela, nak habis lah ne.
byebye, readers. thanks for reading,

No comments:

Post a Comment